Apabila Anda berharap agar Allah senantiasa menganugerahkan kepada Anda apa-apa yang Anda cintai dan sukai maka hendaklah Anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah.”
(Salah seorang ahli hikmah)

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN...syahrul Ibadah

Assalamualaikum kpd semua yang membaca.

Rasa dh lame tak update blog. Rindu rasanya nak luahkan apa yang terbuku di hati.  Alhamdulillah dh sehari kita dan umat Islam menjalankan ibadah puasa.  Syukur tak terhingga dipanjatkan kepada Maha Pencipta kerana diberi peluang bagi merasai kehebatan Ramadhan pada tahun ini.  Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...... Disaat Ramadhan menghampiri, kegembiraan bercampur sedih kerana gembira menyambut tibanya bulan yang barakah ini dan juga sedih kerana orang tersayang(Nenda yang tersayang Hjh Siti Rugayah bt Abdullah Omar)-al-fatehah, telah pergi dulu sebelum sempat menikmati Ramadhan tahun ini. Bagi yang masih hidup, persediaan yang pertama sebelum menyambut Ramadhan adalah banyak2 berdoa semoga kita berpeluang untuk menikmati ramadhan pada tahun ini.  Kita perlu membuat persediaan bukan pada awal ramadhan, tetapi seeloknya pada bulan Rejab lagi.  Ini supaya pada bulan Ramadhan, kita lebih berlapang dada menyambutnya.


Syahrul Ibadah....nama lain bagi Ramadhan. Selain itu Syahrult-Tarbiah, Syahrul Jihad, Syahrul Quran dan Syahrul Ukhuwah.  Saya hanya ingin berkongsi berkenaan Syahrul Ibadah.  Syahrul Ibadah bermakna bulan ibadah.  Bulan yang memerlukan banyak berlipat ganda ibadah seperti Qiyamullail, Tadarus Quran, Solat sunat tarawikh, solat sunat rawatib, bersedekah dan lain-lain lagi.  Saya masih ingat lagi semasa kecil, anggapan saya ibadah ini adalah solat dan berpuasa sahaja. Apabila saya bertanya kepada ustazah, ibadah ini bkn hanya puasa dan solat sahaja. Malah sedekah, berbuat baik kepada ibubapa, bertutur dengan baik, bersangka baik juga adalah ibadah. Saya tersenyum sendirian, betapa ceteknya ilmu saya. 

Ingin saya kongsikan dengan pembaca tekad saya pada Ramadhan kali ini. Bukan tujuan untuk membangga diri tapi jadikan lah ia sebagai penguat semangat untuk kita mencapai objektif puasa itu sendiri.  Tekad saya pada bulan Ramadhan ini disamping melakukan yang wajib dan sunat saya nekad untuk Qiyamullail setiap malam.  Jika sebelum2 ini  saya sedikit liat untuk buat Qiyamullail tetapi dibulan Ramadhan ini saya harap saya mampu mendidik jiwa saya. Terima kasih kepada kekanda2 saya yang banyak kongsikan kelebihan2 Qiyamullail.  Akan dimanfaatkan ilmu yang diberi itu...Insyallah.

Kita sudah sedia maklum bahawa bulan puasa ini bukan sahaja bulan yang menyuruh untuk menahan lapar dan dahaga tetapi meninggalkan ucapan dan perbuatan yang sia2.  Puasa terkandung akhlak yang baik dan percakapan yang terpuji.  Alangkah baiknya sekiranya kita boleh melatih diri agar menahan diri dari melakukan perbuatan yang sia2.  Bagi yang mempunyai keuzuran, tidak bermakna mereka boleh bercakap dan melakukan perkara yang sia2 sewenang2nya. Hormatilah bulan yang mulia bulan Ramadhan ini.  Apabila anda menghormati bulan Ramadhan, dengan automatiknya orang disekitar anda akan menghormati anda kerana akhlak anda yang terpuji itu. 

Banyakkanlah bersedekah.... Ada segelintir dikalangan kita yang memohon kepada Allah swt supaya dimurahkan rezeki tetapi golongan ini juga cukup payah untuk bersedekah.  Pegang lah prinsip memberi dan menerima. Sekiranya kita pemurah dan banyak kan sedekah Insyallah, Allah akan membalasnya dengan berlipat ganda. Mungkin bukan pada kita, tetapi mungkin diberi pada isteri, ahli keluarga dan keturunan kita.  Subhanallah...Maha  Suci Allah.  Cukup sayang Allah dengan kita.  Bersedekah bukan semata2 dengan mata wang dan harta benda tetapi dengan memberi nasihat, berkata dengan perkataan yang baik, sentiasa senyum dan juga membuang duri di pertengahan jalan pun adalah sedekah.

Bulan Ibadah...memang banyak lagi ibadah yang boleh dikongsikan tetapi hanya ini sahaja di izinkan Tuhan.  Harapan saya, berlumba2 lah mengejar ganjaran dari Allah. Tidak akan rugi kalau kita mengejar fitrah kita sebagai manusia yang perlu balik kepada Sang Pencipta Maha Besar.  Bagi mereka yang membiarkan Ramadhan pada kali ini berlalu seperti angin lalu, merekalah dikalangan orang2 yang rugi.  Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah swt dan marilah kita berdoa supaya kita ditemukan dengan malam yang lebih baik dari sebulan iaitu LaitulQadar...Amin. Semoga Allah mengabulkan doa2 orang yang beriman seperti anda.  Assalamualaikum....semoga bertemu lagi, jika bukan di bumi Allah pasti di akhirat kelak. 

No comments:

Post a Comment