Hilang penat bkerja bila anak saudara sy yg berumur 7 tahun asyik mnceritakan betapa seronoknya die mnyertai perarakkan tu. Tp sayang belia & beliawati tak turut serta. Malam nyer pula ada ceramah maulidul rasul tetapi tidak pula saya nampak motor-motor anak muda berderet di sekitar klinik. Tp mengapa kalau ada konsert motor-motor anak muda ni berderet di sekeliling padang? Pandangan seperti itu adalah biasa. Bak kata guru saya la..
Beliau berkata "BIASA kalau konsert ramai orang2 kita berkumpul dan BIASA juga kalau dalam majlis2 ilmu tak ramai orang kita hadir..............tetapi LUAR BIASA kalau ada konsert tak ramai org kita hadir dan LUAR BIASA juga kalau dalam majlis2 ilmu ramai orang kita hadir". Betul la apa yang guru saya katakan. Zaman Rasulullah mmg berbeza dgn zaman kita tetapi sbg umat Islam kita perlu memastikan kehidupan kita berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Sempena Maulidul Rasul ni, banyakkan la berselawat kepada Nabi kita yang amat Mulia darjatnya. Bila wujudnya rasa cinta yang mendalam kepada Rasulullah, akan iring la rasa rinsu yang amat mendalam yang tidak terungkap oleh kata2. Saya bukan berpesan kepada anda sahaja tetapi kepada diri saya juga yang kadang2 kita leka dengan arus keduniaan. Marilah kita berselawat supaya akan tersentuhnya gelombang ini ke dalam setiap hati kita...SALAM MAULIDUL RASUL