Apabila Anda berharap agar Allah senantiasa menganugerahkan kepada Anda apa-apa yang Anda cintai dan sukai maka hendaklah Anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah.”
(Salah seorang ahli hikmah)

Tuesday, December 6, 2011

Cukuplah dengan menghormati saya....

LUAHAN SAHABAT UNTUK SAHABAT..
  • Saya tak minta untuk membalas setiap persoalan saya dengan perkataan yang manis2 belaka..tetapi cukuplah menjawab setiap persoalan saya dengan suara yang sedap telinga mendengar. 
  • Saya tak minta untuk mengarahkan saya tugasan dengan meninggikan suara ...tetapi cukuplah dengan suara awak yang tegas lagi bersifat kepimpinan.  
  • Awak meminta pertolongan dari saya dengan suara yang cukup simpati...tetapi bila menyuruh saya mengapa suara awak cukup tajam menghiris hati?
  • Mengapa awak mendapatkan saya apabila memerlukan saya..tetapi awak abaikan saya apabila awak tidak memerlukan saya?
  • Apabila saya memberi nasihat..anggaplah ianya seperti nasihat seorang kakak kepada adik yang tidak mahu adiknya hanyut dengan arus nafsu semata-mata
  • Bukan duit yang saya mahukan dari pertolonga awak...
  • Bukan sanjungan yang saya mahukan dari awak
  • Bukan belanja makan yang saya ingin awak bayar...TETAPI
  • CUKUPLAH MENGHORMATI SAYA SEBAGAI SEORANG YANG ADA PERASAAN

SAHABAT...
  • Solat lah apabila azan berkumandang kerana Allah telah mensyariakat seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.
  • Berpuasa lah apabila tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak keran setiap hari di dalam bulan Ramadhan itu adalah keampunan bagi setiap dosa2 mu.
  • Apabila berpuasa dalam bulan RAmadhan, maka lebih molek jika engkau mendirikan solat sekali.  Alangkah lompang nyer puasa mu apabila kamu tidak solat.
  • Berkata baik lah dengan sesiapa sahaja kerana berkata baik itu juga satu sedekah.
  • Indahkan lah bibirmu dengan nama-nam ALLAh apabila kamu melatah..cukuplah aku mendengar perkataan 2 yang tidak manis.
  • kamu akan lebih cantik apabila mengenakan tudung kerana tudung itu akan menutup aibmu dan akan memelihara mu dari perbuatan yang tidak baik.
  • Janganlah kamu menyakiti orang lain kerana dengan sikap mu itu akan menunjukkan kehinaan kamu dimata orang lain. 

No comments:

Post a Comment