Apabila Anda berharap agar Allah senantiasa menganugerahkan kepada Anda apa-apa yang Anda cintai dan sukai maka hendaklah Anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah.”
(Salah seorang ahli hikmah)

Wednesday, December 21, 2011

Mempermudahkanlah urusan

Gambar Hiasan
Apa yang Ustaz Ghazali tekankan, apabila kita memudahkan urusan orang lain ketika didunia...Allah akan mempermudahkan urusan kita diakhirat kelak. Subhanallah.....Maha Suci Bagi Allah. Biar kita tidak ada jawatan besar, biar kita tidak mempunyai harta yang banyak, biar kita tidak popular seperti artis tapi JANGAN biarkan hidup kita tidak BERPAHALA. 

Malu kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW jika hidup kita tidak bermanfaat kepada orang lain. Bagaimana kita hendak memudahkan urusan orang lain atau kata nama lain adalah bermanfaat kepada orang lain?  Caranya amatlah mudah.  Antaranya apabila kita menggunakan tandas hendaklah kita membersihkan kotoran yang telah kita tinggal kan. Mengapa?  Supaya orang yang seterusnya akan mudah menggunakan tandas tersebut.  Simple kan???  Tp berapa ramai yang melakukannya.

Allah amat menyayangi hamba-hambaNya.  Allah beri kita cara untuk membuat pahala. Perkara yang kadang kala kita anggap remeh tp sebenarnya perkara itulah yang berkat disisi Allah.  Semoga kita semua berazam untuk memudahkan urusan orang lain daam apa jua perkara.  Dan semoga segala usaha dan perbuatan kita yang ikhlas akan dipermudahkan oleh Allah diakhirat kelak..Amin..

Tuesday, December 6, 2011

Cukuplah dengan menghormati saya....

LUAHAN SAHABAT UNTUK SAHABAT..
  • Saya tak minta untuk membalas setiap persoalan saya dengan perkataan yang manis2 belaka..tetapi cukuplah menjawab setiap persoalan saya dengan suara yang sedap telinga mendengar. 
  • Saya tak minta untuk mengarahkan saya tugasan dengan meninggikan suara ...tetapi cukuplah dengan suara awak yang tegas lagi bersifat kepimpinan.  
  • Awak meminta pertolongan dari saya dengan suara yang cukup simpati...tetapi bila menyuruh saya mengapa suara awak cukup tajam menghiris hati?
  • Mengapa awak mendapatkan saya apabila memerlukan saya..tetapi awak abaikan saya apabila awak tidak memerlukan saya?
  • Apabila saya memberi nasihat..anggaplah ianya seperti nasihat seorang kakak kepada adik yang tidak mahu adiknya hanyut dengan arus nafsu semata-mata
  • Bukan duit yang saya mahukan dari pertolonga awak...
  • Bukan sanjungan yang saya mahukan dari awak
  • Bukan belanja makan yang saya ingin awak bayar...TETAPI
  • CUKUPLAH MENGHORMATI SAYA SEBAGAI SEORANG YANG ADA PERASAAN

SAHABAT...
  • Solat lah apabila azan berkumandang kerana Allah telah mensyariakat seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.
  • Berpuasa lah apabila tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak keran setiap hari di dalam bulan Ramadhan itu adalah keampunan bagi setiap dosa2 mu.
  • Apabila berpuasa dalam bulan RAmadhan, maka lebih molek jika engkau mendirikan solat sekali.  Alangkah lompang nyer puasa mu apabila kamu tidak solat.
  • Berkata baik lah dengan sesiapa sahaja kerana berkata baik itu juga satu sedekah.
  • Indahkan lah bibirmu dengan nama-nam ALLAh apabila kamu melatah..cukuplah aku mendengar perkataan 2 yang tidak manis.
  • kamu akan lebih cantik apabila mengenakan tudung kerana tudung itu akan menutup aibmu dan akan memelihara mu dari perbuatan yang tidak baik.
  • Janganlah kamu menyakiti orang lain kerana dengan sikap mu itu akan menunjukkan kehinaan kamu dimata orang lain. 

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN...syahrul Ibadah

Assalamualaikum kpd semua yang membaca.

Rasa dh lame tak update blog. Rindu rasanya nak luahkan apa yang terbuku di hati.  Alhamdulillah dh sehari kita dan umat Islam menjalankan ibadah puasa.  Syukur tak terhingga dipanjatkan kepada Maha Pencipta kerana diberi peluang bagi merasai kehebatan Ramadhan pada tahun ini.  Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...... Disaat Ramadhan menghampiri, kegembiraan bercampur sedih kerana gembira menyambut tibanya bulan yang barakah ini dan juga sedih kerana orang tersayang(Nenda yang tersayang Hjh Siti Rugayah bt Abdullah Omar)-al-fatehah, telah pergi dulu sebelum sempat menikmati Ramadhan tahun ini. Bagi yang masih hidup, persediaan yang pertama sebelum menyambut Ramadhan adalah banyak2 berdoa semoga kita berpeluang untuk menikmati ramadhan pada tahun ini.  Kita perlu membuat persediaan bukan pada awal ramadhan, tetapi seeloknya pada bulan Rejab lagi.  Ini supaya pada bulan Ramadhan, kita lebih berlapang dada menyambutnya.


Syahrul Ibadah....nama lain bagi Ramadhan. Selain itu Syahrult-Tarbiah, Syahrul Jihad, Syahrul Quran dan Syahrul Ukhuwah.  Saya hanya ingin berkongsi berkenaan Syahrul Ibadah.  Syahrul Ibadah bermakna bulan ibadah.  Bulan yang memerlukan banyak berlipat ganda ibadah seperti Qiyamullail, Tadarus Quran, Solat sunat tarawikh, solat sunat rawatib, bersedekah dan lain-lain lagi.  Saya masih ingat lagi semasa kecil, anggapan saya ibadah ini adalah solat dan berpuasa sahaja. Apabila saya bertanya kepada ustazah, ibadah ini bkn hanya puasa dan solat sahaja. Malah sedekah, berbuat baik kepada ibubapa, bertutur dengan baik, bersangka baik juga adalah ibadah. Saya tersenyum sendirian, betapa ceteknya ilmu saya. 

Ingin saya kongsikan dengan pembaca tekad saya pada Ramadhan kali ini. Bukan tujuan untuk membangga diri tapi jadikan lah ia sebagai penguat semangat untuk kita mencapai objektif puasa itu sendiri.  Tekad saya pada bulan Ramadhan ini disamping melakukan yang wajib dan sunat saya nekad untuk Qiyamullail setiap malam.  Jika sebelum2 ini  saya sedikit liat untuk buat Qiyamullail tetapi dibulan Ramadhan ini saya harap saya mampu mendidik jiwa saya. Terima kasih kepada kekanda2 saya yang banyak kongsikan kelebihan2 Qiyamullail.  Akan dimanfaatkan ilmu yang diberi itu...Insyallah.

Kita sudah sedia maklum bahawa bulan puasa ini bukan sahaja bulan yang menyuruh untuk menahan lapar dan dahaga tetapi meninggalkan ucapan dan perbuatan yang sia2.  Puasa terkandung akhlak yang baik dan percakapan yang terpuji.  Alangkah baiknya sekiranya kita boleh melatih diri agar menahan diri dari melakukan perbuatan yang sia2.  Bagi yang mempunyai keuzuran, tidak bermakna mereka boleh bercakap dan melakukan perkara yang sia2 sewenang2nya. Hormatilah bulan yang mulia bulan Ramadhan ini.  Apabila anda menghormati bulan Ramadhan, dengan automatiknya orang disekitar anda akan menghormati anda kerana akhlak anda yang terpuji itu. 

Banyakkanlah bersedekah.... Ada segelintir dikalangan kita yang memohon kepada Allah swt supaya dimurahkan rezeki tetapi golongan ini juga cukup payah untuk bersedekah.  Pegang lah prinsip memberi dan menerima. Sekiranya kita pemurah dan banyak kan sedekah Insyallah, Allah akan membalasnya dengan berlipat ganda. Mungkin bukan pada kita, tetapi mungkin diberi pada isteri, ahli keluarga dan keturunan kita.  Subhanallah...Maha  Suci Allah.  Cukup sayang Allah dengan kita.  Bersedekah bukan semata2 dengan mata wang dan harta benda tetapi dengan memberi nasihat, berkata dengan perkataan yang baik, sentiasa senyum dan juga membuang duri di pertengahan jalan pun adalah sedekah.

Bulan Ibadah...memang banyak lagi ibadah yang boleh dikongsikan tetapi hanya ini sahaja di izinkan Tuhan.  Harapan saya, berlumba2 lah mengejar ganjaran dari Allah. Tidak akan rugi kalau kita mengejar fitrah kita sebagai manusia yang perlu balik kepada Sang Pencipta Maha Besar.  Bagi mereka yang membiarkan Ramadhan pada kali ini berlalu seperti angin lalu, merekalah dikalangan orang2 yang rugi.  Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah swt dan marilah kita berdoa supaya kita ditemukan dengan malam yang lebih baik dari sebulan iaitu LaitulQadar...Amin. Semoga Allah mengabulkan doa2 orang yang beriman seperti anda.  Assalamualaikum....semoga bertemu lagi, jika bukan di bumi Allah pasti di akhirat kelak. 

Tuesday, March 1, 2011

Jodoh...................................menCARI atau menJADI

Assalamualakum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Selamat Pengantin Baru untuk kakak aye yg baru langsungkan pernikahan pada 27 Februari yang lepas. Alhamdulillah itu saje yang mampu aye ucapkan sbb semuanya dah selesai.  Selesai akad nikah aye plak yg rasa sedih, sayu...sbb kurang seorang kakak aye.  Bila adik beradik perempuan yang berkahwin, kita akan rasa kehilangan berbanding adik beradik lelaki.  X per la aye cume mampu berdoa semoga kakak aye ngn suami bahagia selamanya2 didunia dan diakhirat bersama2 dengan anak2. 


Bila tengok orang lain kawin, hati ada gak terdetik rasa macam nak kawin sekarang hehehe. Tapi nak cari calon bukan senang. Ramai ibu bapa yang nak anak2 perempuan mereka berkahwin dengan orang yang bekerja tetap.   Tapi hanya segelintir yang bertanyakan pasal solatnya. Ramai jugak perempuan yang nak kan suami yang soleh dan lelaki mahu bakal isteri yang solehah. Pada mulanya, aye pun nak car bakal suami yang soleh yang dapat membimbing aye dan zuriat aye ke jalan Allah. Tetapi bila aye baca satu perenggan yang telah ditulis oleh "INSPIRASIHATIKU" iaitu :

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.


Bile aye baca, aye muhasabah diri. Memang kita nak apa yang kita impikan tapi kita tak cermin diri kita. Contonya semua ibu bapa impikan seorang anak yang soleh dan solehah tetapi adakah ibu bapa itu sendiri mengikut apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang oleh Allah? 


Selepas aye membaca tulisan "INSPIRASIHATIKU", aye tekad untuk mendekatkan diri dengan kesempurnaan sebagai hamba Allah yang berpandukan Al-Quran As-Sunnah.  Oleh itu, aye nak kongsikan lagu Doa Seorang Kekasih dari INTEAM. Semoga kita dapat menghayati lagu ini. Jumpa lagi....

Wednesday, February 16, 2011

Salam Maulidul Rasul

Tidak terlambat rasa nyer untuk mengucapkan selamat menyambut maulidul rasul 1432H. Cepat sungguh masa berlalu. Rindu pada Rasulullah semakin terasa bila ulang tahun kelahiran baginda menjelang. Terima kasih kepada pihak-pihak yang mengadakan program-program sempena sambutan kelahiran Kekasih Allah ini contohnya di kampung saya semalam ada mengadakan perarakkan bermula di Masjid Saidina Uthman hingga ke klinik kesihatan. Saya lihat tidak kira muda atau tua gembira ikut perarakkan tu. Walaupun hujan..keadaan majlis semalam tetap meriah.
 Hilang penat bkerja bila anak saudara sy yg berumur 7 tahun asyik mnceritakan betapa seronoknya die mnyertai perarakkan tu. Tp sayang belia & beliawati tak turut serta. Malam nyer pula ada ceramah maulidul rasul tetapi tidak pula saya nampak motor-motor anak muda berderet di sekitar klinik. Tp mengapa kalau ada konsert motor-motor anak muda ni berderet di sekeliling padang? Pandangan seperti itu adalah biasa. Bak kata guru saya la.. 
Beliau berkata "BIASA kalau konsert ramai orang2 kita berkumpul dan BIASA juga kalau dalam majlis2 ilmu tak ramai orang kita hadir..............tetapi LUAR BIASA kalau ada konsert tak ramai org kita hadir dan LUAR BIASA juga kalau dalam majlis2 ilmu ramai orang kita hadir". Betul la apa yang guru saya katakan. Zaman Rasulullah mmg berbeza dgn zaman kita tetapi sbg umat Islam kita perlu memastikan kehidupan kita berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Sempena Maulidul Rasul ni, banyakkan la berselawat kepada Nabi kita yang amat Mulia darjatnya. Bila wujudnya rasa cinta yang mendalam kepada Rasulullah, akan iring la rasa rinsu yang amat mendalam yang tidak terungkap oleh kata2. Saya bukan berpesan kepada anda sahaja tetapi kepada diri saya juga yang kadang2 kita leka dengan arus keduniaan. Marilah kita berselawat supaya akan tersentuhnya gelombang ini ke dalam setiap hati kita...SALAM MAULIDUL RASUL

Thursday, February 10, 2011

BIAR PAPA ASALKAN BERGAYA

Biar papa asalkan bergaya. Maksudnya biar kita x der duit asalkan kita bergaya. Erm saya saja nk berkongsi cerita tentang sorang kawan saya yang saya gelar die seorang yang berpegang prinsip BIAR PAPA ASALKAN BERGAYA. Pernah x korang semua mengkaji golongan ini? Tp saya serba sedikit ada buat kajian taw..saja nak tambah koleksi. Hahahaha........ Golongan ini sanggup berhabis duit semata-mata untuk membeli aksesori, baju, tudung dan macam-macam la barangan kegemaran diorang. Selain tu jugak, ada setengah daripadanya sanggup berhutang dengan orang lain semata-mata nak bergaya. 

Bila saya tengok kawan saya tu, saya rasa bersyukur sangat sebab saya x di lahirkan dalam golongan macam tu. Alhamdulillah mak ngn ayah saya didik supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah dh beri. Kadang-kadang saya terpikir bila kawan saya ni akan tinggal kan prinsip dia. Di sebabkan prinsip dia 2, dia dh berhutang dengan ramai orang. Yang saya pelik nya kawan saya ni x pernah rasa yang dia dh berhutang dengan orang. Sampaikan pemiutang 2 gadaikan rantai dia untuk bayar hutang bagi pihak kawan saya. Saya marah, geram semua ada. Tp apa yg patut saya buat? Nak tegur? Nasihat? Bagai mesej? Tulis kt FB? Semua saya dh buat.. X per la smga dengan doa dr kawan2, dia dapat berubah. Semoga dengan citer ni semua terutamanya saya sentiasa bermuhasabah diri...