Apabila Anda berharap agar Allah senantiasa menganugerahkan kepada Anda apa-apa yang Anda cintai dan sukai maka hendaklah Anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah.”
(Salah seorang ahli hikmah)

Tuesday, March 1, 2011

Jodoh...................................menCARI atau menJADI

Assalamualakum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Selamat Pengantin Baru untuk kakak aye yg baru langsungkan pernikahan pada 27 Februari yang lepas. Alhamdulillah itu saje yang mampu aye ucapkan sbb semuanya dah selesai.  Selesai akad nikah aye plak yg rasa sedih, sayu...sbb kurang seorang kakak aye.  Bila adik beradik perempuan yang berkahwin, kita akan rasa kehilangan berbanding adik beradik lelaki.  X per la aye cume mampu berdoa semoga kakak aye ngn suami bahagia selamanya2 didunia dan diakhirat bersama2 dengan anak2. 


Bila tengok orang lain kawin, hati ada gak terdetik rasa macam nak kawin sekarang hehehe. Tapi nak cari calon bukan senang. Ramai ibu bapa yang nak anak2 perempuan mereka berkahwin dengan orang yang bekerja tetap.   Tapi hanya segelintir yang bertanyakan pasal solatnya. Ramai jugak perempuan yang nak kan suami yang soleh dan lelaki mahu bakal isteri yang solehah. Pada mulanya, aye pun nak car bakal suami yang soleh yang dapat membimbing aye dan zuriat aye ke jalan Allah. Tetapi bila aye baca satu perenggan yang telah ditulis oleh "INSPIRASIHATIKU" iaitu :

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.


Bile aye baca, aye muhasabah diri. Memang kita nak apa yang kita impikan tapi kita tak cermin diri kita. Contonya semua ibu bapa impikan seorang anak yang soleh dan solehah tetapi adakah ibu bapa itu sendiri mengikut apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang oleh Allah? 


Selepas aye membaca tulisan "INSPIRASIHATIKU", aye tekad untuk mendekatkan diri dengan kesempurnaan sebagai hamba Allah yang berpandukan Al-Quran As-Sunnah.  Oleh itu, aye nak kongsikan lagu Doa Seorang Kekasih dari INTEAM. Semoga kita dapat menghayati lagu ini. Jumpa lagi....

No comments:

Post a Comment