Apabila Anda berharap agar Allah senantiasa menganugerahkan kepada Anda apa-apa yang Anda cintai dan sukai maka hendaklah Anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah.”
(Salah seorang ahli hikmah)

Wednesday, December 21, 2011

Mempermudahkanlah urusan

Gambar Hiasan
Apa yang Ustaz Ghazali tekankan, apabila kita memudahkan urusan orang lain ketika didunia...Allah akan mempermudahkan urusan kita diakhirat kelak. Subhanallah.....Maha Suci Bagi Allah. Biar kita tidak ada jawatan besar, biar kita tidak mempunyai harta yang banyak, biar kita tidak popular seperti artis tapi JANGAN biarkan hidup kita tidak BERPAHALA. 

Malu kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW jika hidup kita tidak bermanfaat kepada orang lain. Bagaimana kita hendak memudahkan urusan orang lain atau kata nama lain adalah bermanfaat kepada orang lain?  Caranya amatlah mudah.  Antaranya apabila kita menggunakan tandas hendaklah kita membersihkan kotoran yang telah kita tinggal kan. Mengapa?  Supaya orang yang seterusnya akan mudah menggunakan tandas tersebut.  Simple kan???  Tp berapa ramai yang melakukannya.

Allah amat menyayangi hamba-hambaNya.  Allah beri kita cara untuk membuat pahala. Perkara yang kadang kala kita anggap remeh tp sebenarnya perkara itulah yang berkat disisi Allah.  Semoga kita semua berazam untuk memudahkan urusan orang lain daam apa jua perkara.  Dan semoga segala usaha dan perbuatan kita yang ikhlas akan dipermudahkan oleh Allah diakhirat kelak..Amin..

Tuesday, December 6, 2011

Cukuplah dengan menghormati saya....

LUAHAN SAHABAT UNTUK SAHABAT..
  • Saya tak minta untuk membalas setiap persoalan saya dengan perkataan yang manis2 belaka..tetapi cukuplah menjawab setiap persoalan saya dengan suara yang sedap telinga mendengar. 
  • Saya tak minta untuk mengarahkan saya tugasan dengan meninggikan suara ...tetapi cukuplah dengan suara awak yang tegas lagi bersifat kepimpinan.  
  • Awak meminta pertolongan dari saya dengan suara yang cukup simpati...tetapi bila menyuruh saya mengapa suara awak cukup tajam menghiris hati?
  • Mengapa awak mendapatkan saya apabila memerlukan saya..tetapi awak abaikan saya apabila awak tidak memerlukan saya?
  • Apabila saya memberi nasihat..anggaplah ianya seperti nasihat seorang kakak kepada adik yang tidak mahu adiknya hanyut dengan arus nafsu semata-mata
  • Bukan duit yang saya mahukan dari pertolonga awak...
  • Bukan sanjungan yang saya mahukan dari awak
  • Bukan belanja makan yang saya ingin awak bayar...TETAPI
  • CUKUPLAH MENGHORMATI SAYA SEBAGAI SEORANG YANG ADA PERASAAN

SAHABAT...
  • Solat lah apabila azan berkumandang kerana Allah telah mensyariakat seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.
  • Berpuasa lah apabila tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak keran setiap hari di dalam bulan Ramadhan itu adalah keampunan bagi setiap dosa2 mu.
  • Apabila berpuasa dalam bulan RAmadhan, maka lebih molek jika engkau mendirikan solat sekali.  Alangkah lompang nyer puasa mu apabila kamu tidak solat.
  • Berkata baik lah dengan sesiapa sahaja kerana berkata baik itu juga satu sedekah.
  • Indahkan lah bibirmu dengan nama-nam ALLAh apabila kamu melatah..cukuplah aku mendengar perkataan 2 yang tidak manis.
  • kamu akan lebih cantik apabila mengenakan tudung kerana tudung itu akan menutup aibmu dan akan memelihara mu dari perbuatan yang tidak baik.
  • Janganlah kamu menyakiti orang lain kerana dengan sikap mu itu akan menunjukkan kehinaan kamu dimata orang lain.